Tinggalan Banglo James Low – Bukit Merah
Sebuah tinggalan banglo lama di atas Bukit Merah, Permatang Pauh, milik James Low. Penguasa Seberang Perai ketika Era Perang Musuh bisik, dahulu Bukit Merah juga dikenali sebagai Bukit Kechil, terletak di Permatang Pauh.
Banglo lama diatas Bukit Merah ini dipercayai di bina oleh James Low sekitar tahun 1830-1840. Ini berdasarkan bata merah yang digunakan adalah jenis yang sama seperti batu terat sempadan Seberang Perai 1831. Rumah tersebut berfungsi sebagai pos untuk mengawasi sempadan Seberang Perai dan Kedah (kawasan Kg Kota) pada masa tersebut.
Setelah tamat Perang Musuh Bisik, James Low telah membuka ladang buah pala di kawasan sekitar Bukit Merah. Beliau menjadikan banglo di situ sebagai kediamannya serta tempat tinggal para pekerja ladang
Bagi memudahkan akses ke banglo yang dibina di atas bukit tersebut, satu jalan khas telah dibina merentasi lereng bukit. Menurut sumber daripada penduduk tempatan, jalan ini bukan sahaja digunakan untuk kegunaan peribadi, tetapi juga menjadi laluan utama bagi kereta kuda yang mengangkut pelbagai barangan ke banglo tersebut. Bunyi tapak kuda dan deruan roda kayu dikatakan pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di lereng bukit itu.
Selepas kematian James Low pada tahun 1852. Estate dan banglo di Bukit Merah ini kemudiannya di beli oleh Mahomed Merican Noordin dan kemudiannya bukit ini kenali sebagai Bukit Che Din oleh penduduk tempatan.
