Ahli Jawatankuasa 2025 - 2026
PENGERUSI – Abdul Hadi Bin Mat Taib
Abdul Hadi merupakan seorang Pustakawan di samping menjadi pencinta dan pengiat sejarah yang terlibat di lapangan secara lansung dengan aktiviti pengesanan artifak lama metal detector serta menjadi pengumpul duit siling dan barangan lama. Aktiviti pensejarahan yang di jalankan hampir saban minggu menjadikan beliau begitu komited dalam memimpin organisasi penyelidikan dan pensejarahan ini agar dapat di warisi oleh generasi mendatang.
TIMBALAN PENGERUSI I – Mohd Kasturi Nor Bin Abd Aziz
Mohd Kasturi Nor adalah seorang pendidik di Institusi Pengajian Tinggi Awam tanah air yang terlibat secara lansung dalam penyelidikan pensejarahan. Pelbagai artikel, jurnal dan buku telah dihasilkan memungkinkan organisasi ini dapat menjalankan aktiviti pensejarahan bukan sahaja dari segi kajian lapangan tetapi juga dengan kesinambungan kajian akademik.
TIMBALAN PENGERUSI II – Mohd Herman Bin Roslan
Mohd Herman merupakan lulusan dalam bidang Sejarah serta merupakan Exco Persatuan Sejarah Cawangan Kedah. Pelbagai penerbitan jurnal, artikel dan buku telah dihasilkan serta telah menghadiri pelbagai seminar dan persidangan di dalam dan luar negara dalam mempertabatkan pensejarahan tanah air tercinta ini.
SETIAUSAHA – Shaiful Yamin Bin Dahlan
Shaiful Yamin adalah seorang aktivis masyarakat yang telah terlibat dalam misi kemanusiaan di dalam dan luar negara di samping bergiat aktif dalam bidang warisan persilatan. Dengan pengalaman mejadi aktivis sosaial secara sepenuh masa dan seorang guru silat yang bertauliah, perjalanan program yang dijalankan organisasi dapat berjalan dengan teratur dan lancar.
TIMBALAN SETIAUSAHA – Akmal Anas Bin Abd Malek
Akmal Anas merupakan seorang tokoh aktivis sosial yang amat komited menjalankan gerakan kajian pensejarahan lapangan. pelbagai tempat-tempat bersejarah lama yang belum pernah diteroka oleh sesiapa sebelum ini dapat dijalankan dengan bantuan rekod bertulis ataupun lisan di suatu tempat bersejarah yang dijalankan. Keistimewaan yang diperolehi secara lansung ketika menjejakkan kaki di lokasi sejarah menaikkan semangat untuk terus berjuang mempertabatkan kelestarian warisan.
BENDAHARI – Ir. Ts. Mohd Sufi Bin Abdul Rahman
Mohd Sufi adalah individu yang terlibat dalam bidang teknikal yang amat meminati dalam bidang pensejarahan. Pengalaman teknikal ini membantu organisasi untuk terus bergerak seiring dengan keperluan arus pemodenan semasa dari segi media maya dan lain-lain.
AHLI JAWATANKUASA – Muhamad Rizuwan Bin Abdullah
Muhamad Rizuwan merupakan seorang aktivis sejarah yang terlibat secara lansung dalam penyelidikan berkaitan batu nisan dan makam-makam lama. Mendapat pendidikan dalam bidang keagamaan islam memudahkan kerja-kerja pengecaman tulisan manuskrip jawi lama, siling lama dan batu nisan lama dapat dilaksanakan bagi membantu para penyelidik lain mengetahui maksud sebenar catatan jawi lama yang tidak dapat di baca oleh pengkaji lain.
AHLI JAWATANKUASA – Muhamad Aiman Bin Abdullah
Muhamad Aiman merupakan seorang pengumpul siling lama dan artifak lama secara sepenuh masa. Beliau dengan beberapa individu lain giat menjalankan aktiviti pensejarahan lapangan dengan aktiviti pengesanan artifak metal detector.
AHLI JAWATANKUASA – Sr. Muhammad Farhan Bin Zulkifli
Muhammad Farhan adalah seorang aktivis sejarah yang terlibat dalam bidang warisan persilatan disamping bergiat aktif dalam pelbagai organisasi sosial dalam membantu masyarakat setempat. Keterlibatan dengan masyarakat dapat memudahkan usaha organisasi dalam membudayakan nilai warisan pensejarahan kepada masyarakat awam agar lebih mencintai tanah air ini.
AHLI JAWATANKUASA – Azril Haniff Bin Amir
Azril Haniff merupakan seorang sukarelawan yang banyak terlibat dengan aktiviti sosial masyarakat. Hubungan seharian dengan golongan masyarakat pelbagai peringkat dapat membantu organisasi membudayakan program kepada masyarakat awam.
AHLI JAWATANKUASA – Ismail Bin Che Dan
Ismail merupakan aktivis sosial yang sering menjalankan kajian di lapangan disamping mempunyai kemahiran dalam memperinci rekod-rekod lama. Minat yang mendalam terhadap penyelidikan pensejarahan ini membantu organisisi supaya dapat bergerak dengan lebih lancar.
AHLI JAWATANKUASA – Muhammad Tanzilul Furqon Bin Marzuki
Muhammad Tanzilul Furqon merupakan seorang anak muda yang amat cintakan sejarah warisan. Minat beliau yang mendalam terhadap rekabentuk dan jenis batu nisan membantu para pengkaji lain berkaitan batu nisan lama. Kajian terhadap bidang ini memerlukan daya kemahuan yang tinggi kerana makan-makan lama yang dijumpai terletak di dalam hutan, pinggir bandar dan luar bandar. Hasil dari penyelidikan beliau telah membantu para pengkaji dari sekalian pelusuk negara.
