Bukit Jelutong, Kampung Kota, SPT.

Bukit Jelutong merupakan sebuah bukit yang stategik di dalam kawasan Kota Perai, juga dikenali sebagai Kota Jelutong Perai. Lokasinya yang strategik menjadi Kota pertahanan dan tempat peninjau untuk mempertahankan Kota Perai. Pemandangan dari atas bukit ini dapat menjangkau sehingga ke Kuala Perai dan segala pergerakan di Sungai Perai dapat di pantau dari atas bukit ini. Dahulunya bukit ini menganjur dari Kampung Kota sehingga ke Pematang Pasir.

Selepas tamat Perang Musuh Bisik yang pertama tahun 1831, British telah meluaskan wilayahnya dengan membuat perjanjian dengan Ligor, Siam. Perjanjian ini dikenali sebagai perjanjian 1831. Sempadan British telah diubah sehingga ke sempadan Kota Perai, di mana Bukit Jelutong telah terbahagi kepada dua, satu disebelah Kota Perai dan satu bahagian lagi di sebelah Province Wellesley.

Kini yang tinggal hanya sebahagian bukit di sebelah Kampung Kota, manakala di sebelah lagi telah di ratakan pada tahun 1960 an, tanah dari bukit ini digunakan untuk menambun kawasan paya di kawasan Mak Mandin pada waktu itu. Kawasan bukit yang diratakan itu kini menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Pematang Pasir dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah. Garis sempadan ditengah-tengah bukit tersebut masih digunakan sehingga sekarang sebagai sempadan di antara mukim 21 dan mukim 3.

Shopping Cart