Tentang Kami

Persatuan Penyelidikan dan Pembudayaan Sejarah Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang (PESKAP) ditubuhkan hasil daripada gabungan komuniti setempat yang terletak di lokasi tiga negeri yang berbeza tetapi mempunyai visi dan misi yang sama iaitu ingin menaikkan semula sejarah dan kebudayaan lama yang saban hari kian pupus ditelan arus kemodenan.

Sejarah dan kebudayaan yang diperjuangkan PESKAP tidak hanya bertumpu kepada sejarah dan kebudayaan seperti busana, tarian dan silat seperti yang diketahui ramai tetapi juga dari aspek kajian pensejarahan akademik, seterusnya dapat dibudayakan kepada masyarakat agar warisan ini dapat diperturunkan kepada generasi yang akan datang.

Hasil gabungan komuniti setempat yang cintakan sejarah tanah air ini, maka Persatuan Penyelidikan dan Pembudayaan Sejarah Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang (PESKAP) ditubuhkan agar kesatuan ini dapat memartabatkan dan memperkasakan semula budaya di negeri-negeri ini seperti zaman kegemilangan yang pernah dicapai dahulu kala.

Persatuan Penyelidikan dan Pembudayaan Sejarah Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang (PESKAP) amat mengalu-alukan lebih banyak kerjasama berkenaan dengan pensejarahan terutamanya daripada pihak universiti, Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk menjayakan program-program penyelidikan dan pembudayaan sejarah di negeri-negeri ini.

Sijil Pendaftaran ROS

Maksud Logo

PEKSKAP-Logo-Maksud

Suatu organisasi perlu mempunyai Logo tersendiri bagi menyampaikan visi dan misi yang jelas untuk kesemua Ahli Persatuan dapat berganding bahu mencapai arah tujuan dengan misi yang jelas.

Logo yang dihasilkan mempunyai maksud tersurat dan tersirat yang terhasil dari buah fikiran ahli persatuan untuk kejayaan visi dan misi persatuan.

Penyelidikan dan gerak kerja kami

Penemuan Artifak
500 +
Artikel
50 +
Tapak Sejarah
50 +
Rated 5 out of 5
Tempat-tempat bersejarah yang perlu dikunjungi
PESKAP-Pulau-Pinang-Perlis-Kedah-Negeri-Pembudayaan-dan-Penyelidikan-Persatuan
PESKAP

Tempat-tempat bersejarah yang perlu dikunjungi

Shopping Cart