Tapak Kediaman (Resident) Tunku Sulaiman
Merujuk kepada peta persempadanan Province Wellesley tahun 1800, kelihatan kediaman Tunku Sulaiman di dalam peta tersebut, kedudukannya di tebing Sungai Perai lama, pada masa sekarang dikenali sebagai Alur Sungai Kubu, kedudukannya diantara Kampung Kubu dan Kampung Terus.
Tiada tinggalan bagunan yang dapat dikenal pasti, namun terdapat tinggalan seramik dan besi dikawasan tersebut, antara barang yang dijumpai serpihan tempayan, pinggan mangkuk, cangkul, parang dan lain-lain lagi.
Dipercayai juga tapak kawasan ini kemudiannya dijadikan pengkalan dan tempat menyimpan barang dagangan dari kawasan pedalaman untuk dihantar ke Kuala Perai seterusnya ke Pulau Pinang. Pengkalan ini wujud sehingga tahun 1960 an di mana perahu-perahu peniaga cina akan belabuh di kawasan ini. Jalan sungai memainkan peranan yang penting pada waktu itu sebelum wujudnya jalan darat di sekitar Kampung Terus dan kampung Kubu.
