Pengkalan Raja, Kampung Terus, SPT

Lokasinya terletak di tebing Sungai Perai di Kampung Terus, merupakan jeti atau pangkalan yang digunakan oleh pemerintah Perai ketika itu Tunku Sulaiman untuk berulang alik dari Kampung Terus dan Kampung Kubu ke pusat pemerintahannya di Kampung Kota. Berdekatan pengkalan ini juga digali sebuah terusan menuju ke Kediaman Tunku Sulaiman, terusan ini dibina bagi menjimatkan masa perjalanan melalui Sungai Perai yang berliku-liku. Kemungkinan besar nama Kampung Terus  juga berasal dari terusan ini. Namun pada masa sekarang terusan ini telah tiada, ini kerana ia telah dikambus dan dijadikan jalan, namun kesan muaranya masih dapat dilihat sehingga sekaang.

Pangkalan ini juga menjadi tempat persinggahan perahu dari Sungai Kulim dan juga Sungai Muda yang berhubung dengan Sungai Perai di kawasan ini. Jika cuaca buruk di kawasan pantai, jalan sungai ini akan digunakan sebagai jalan alternatif untuk mengelakan ribut dan sebagainya. Selain itu pejuang-pejuang Perang Musuh Bisik juga menggunakan laluan sungai ini  untuk ke Kota Kuala Kedah dan berperang di sana. Laluan ini dapat mengelak daripada dikesan British yang mengawal kawasan pesisir pantai semasa peperangan berlangsung.

Pada masa sekarang Pengkalan Raja telah dibagunkan jeti yang lebih moden di bawah seliaan MPKK kampung Terus dan ia menjadi salah satu tempat yang menarik yang boleh dilawati di Seberang Peai Tengah. Kampung Terus juga sentiasa menjadi hos acara atau pogram tahunan  yang diadakan oleh kerajaan negeri, antaranya Pesta Padi Antarabangsa, Pesta Sungai dan lain-lain lagi.

Shopping Cart