Jom jadi Sukarelawan Kami
Kepada yang berminat untuk menjadi sukarelawan, kami amatlah berbesar hati dengan minat anda bagi mengekalkan warisan supaya tidak hilang oleh arus permodenan.
Pada masa ini, pihak kami sedang menjalankan aktiviti rutin bulanan berkenaan dengan pembersihan makam lama, lawatan ke tapak bersejarah dan aktiviti mengesan artifak sejarah (metal detector)
Anda boleh mengisi maklumat anda di Borang yang disediakan dan pihak kami akan menghubungi Tuan/Puan setelah proses penilaian dijalankan.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh email kepada peskap2022@gmail.com
