Ahli Jawatankuasa 2026 - 2027

PENGERUSI – Abdul Hadi Bin Mat Taib

Abdul Hadi merupakan seorang Pustakawan di samping menjadi pencinta dan pengiat sejarah yang terlibat di lapangan secara lansung dengan aktiviti pengesanan artifak lama metal detector serta menjadi pengumpul duit siling dan barangan lama. Aktiviti pensejarahan yang di jalankan hampir saban minggu menjadikan beliau begitu komited dalam memimpin organisasi penyelidikan dan pensejarahan ini agar dapat di warisi oleh generasi mendatang.

TIMBALAN PENGERUSI – Mohd Kasturi Nor Bin Abd Aziz

Mohd Kasturi Nor adalah seorang pendidik di Institusi Pengajian Tinggi Awam tanah air yang terlibat secara lansung dalam penyelidikan pensejarahan. Pelbagai artikel, jurnal dan buku telah dihasilkan memungkinkan organisasi ini dapat menjalankan aktiviti pensejarahan bukan sahaja dari segi kajian lapangan tetapi juga dengan kesinambungan kajian akademik.

NAIB PENGERUSI – Mohd Herman Bin Roslan

Mohd Herman merupakan lulusan dalam bidang Sejarah. Pelbagai penerbitan jurnal, artikel dan buku telah dihasilkan serta telah menghadiri pelbagai seminar dan persidangan di dalam dan luar negara dalam mempertabatkan pensejarahan tanah air tercinta ini.

SETIAUSAHA – Ustaz Shaiful Yamin Bin Dahlan

Ustaz Shaiful Yamin adalah seorang aktivis masyarakat yang telah terlibat dalam misi kemanusiaan di dalam dan luar negara di samping bergiat aktif dalam bidang warisan persilatan. Dengan pengalaman mejadi aktivis sosaial secara sepenuh masa dan seorang guru silat yang bertauliah, perjalanan program yang dijalankan organisasi dapat berjalan dengan teratur dan lancar. 

TIMBALAN SETIAUSAHA – Akmal Anas Bin Abd Malek

Akmal Anas merupakan seorang tokoh aktivis sosial yang amat komited menjalankan gerakan kajian pensejarahan lapangan. pelbagai tempat-tempat bersejarah lama yang belum pernah diteroka oleh sesiapa sebelum ini dapat dijalankan dengan bantuan rekod bertulis ataupun lisan di suatu tempat bersejarah yang dijalankan. Keistimewaan yang diperolehi secara lansung ketika menjejakkan kaki di lokasi sejarah menaikkan semangat untuk terus berjuang mempertabatkan kelestarian warisan.

BENDAHARI – Ir. Ts. Mohd Sufi Bin Abdul Rahman

Mohd Sufi adalah individu yang terlibat dalam bidang teknikal yang amat meminati dalam bidang pensejarahan. Pengalaman teknikal ini membantu organisasi untuk terus bergerak seiring dengan keperluan arus pemodenan semasa dari segi media maya dan lain-lain.

PENGERUSI BIRO ADVOKASI & PERUNDANGAN – Sr. Muhammad Farhan Bin Zulkifli

Sr. Muhammad Farhan adalah seorang aktivis sejarah yang terlibat dalam bidang warisan persilatan disamping bergiat aktif dalam pelbagai organisasi sosial dalam membantu masyarakat setempat. Keterlibatan dengan masyarakat dapat memudahkan usaha organisasi dalam membudayakan nilai warisan pensejarahan kepada masyarakat awam agar lebih mencintai tanah air ini.

PENGERUSI BIRO EKSPLORASI & ARKEOLOGI – Muhamad Aiman Bin Abdullah

Muhamad Aiman merupakan seorang pengumpul siling lama dan artifak lama secara sepenuh masa. Beliau dengan beberapa individu lain giat menjalankan aktiviti pensejarahan lapangan dengan aktiviti pengesanan artifak metal detector.

PENGERUSI BIRO KEBUDAYAAN & WARISAN – Ismail Bin Che Dan  

Ismail merupakan aktivis sosial yang sering menjalankan kajian di lapangan disamping mempunyai kemahiran dalam memperinci rekod-rekod lama. Minat yang mendalam terhadap penyelidikan pensejarahan ini membantu organisisi supaya dapat bergerak dengan lebih lancar.

PENGERUSI BIRO JARINGAN & KOMUNITI – Ustaz Muhammad Yusof Bin Desa

Ustaz Muhammad Yusof Bin Desa merupakan seorang usahawan dan sukarelawan yang banyak terlibat dengan aktiviti sosial masyarakat. Hubungan seharian dengan golongan masyarakat pelbagai peringkat dapat membantu organisasi membudayakan program kepada masyarakat awam.

PENGERUSI BIRO MEDIA & PENERBITAN – Muhamad Rizuwan Bin Abdullah

Muhamad Rizuwan merupakan seorang aktivis sejarah yang terlibat secara lansung dalam penyelidikan berkaitan batu nisan dan makam-makam lama. Mendapat pendidikan dalam bidang keagamaan islam memudahkan kerja-kerja pengecaman tulisan manuskrip jawi lama, siling lama dan batu nisan lama dapat dilaksanakan bagi membantu para penyelidik lain mengetahui maksud sebenar catatan jawi lama yang tidak dapat di baca oleh pengkaji lain.

PENGERUSI BIRO EKONOMI & PEMBANGUNAN – Ammar Mubassyir bin Abdul Hadi

Ammar Mubassyir merupakan seorang usahawan dan sukarelawan yang banyak terlibat dengan aktiviti sosial masyarakat. Hubungan seharian dengan golongan masyarakat pelbagai peringkat dapat membantu organisasi membudayakan program kepada masyarakat awam.

PENGERUSI BIRO PENDIDIKAN & LATIHAN – Muhammad Azfar bin Marzukhi

Muhammad Azfar bin Marzukhi merupakan seorang Pendidik dan aktivis kemasyarakatan yang banyak terlibat dengan aktiviti sosial masyarakat. Hubungan seharian dengan golongan masyarakat pelbagai peringkat dapat membantu organisasi mendidik dan membudayakan program kepada masyarakat awam.

PENGERUSI BIRO BELIA & AKTIVIS – Muhamad Rosli bin Abd Rahim

Muhamad Rosli bin Abd Rahim merupakan seorang sukarelawan dan aktivis kemasyarakatan yang banyak terlibat dengan aktiviti sosial masyarakat. Hubungan seharian dengan golongan masyarakat pelbagai peringkat dapat membantu organisasi mendidik dan membudayakan program kepada masyarakat awam.

Shopping Cart